Uwais Al Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh nabi SAW kepada sahabat-sahabat baginda.
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a dan Saidina Ali : "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul.Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.Kamu berdua pergilah mencari dia.Dia akan datang dari arah Yaman,dia dibesarkan di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu,carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia,minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua"
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW : "Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni ya Rasulullah?".Rasulullah SAW menjawab : "Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-sosa kalian".
Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW,Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali.Mereka memang menunggu dn mencari kabilah2 yg dtg dari Yaman ke Madinah,akhirnya bertemu juga dgn Uwais al-Qarni.Pada pandangan mata kasar,tidak mungkin dia org yg Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan org awam,Uwais dianggap sebagai seorang yg kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yg berpenyakit sopak,badannya putih yakni putih penyakita yg tidak digemari.Walaupun dia seorang berpenyakit sopak,dia adlh seorang yg soleh yg amat mngambil berat tntg ibunya yg uzur dan lumpuh.Dia telah bgitu tekun utk mendptkan keredhaan ibunya.Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kpd Uwais bahawa dia ingin utk mengerjakan haji.Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dpt membawanya ke Mekah utk mnunaikan haji.Sebagai seoarng yang miskin,Uwais tidak berdaya utk mncari perbelanjaan utk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan org pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu myediakan bberapa ekor unta yg dipasang di atsnya 'Haudat'.Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta utk melindungi panas matahari dan hujan,selesa namun perbelanjaannya mahal.Uwais tidak mampu utk menyediakan yg demikian.Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu utk membayar sewa.
Pada suatu hari ibu Uwais yang semakin uzur berkata kpd anaknya : "Anakku,mugkin ibu dah tak lama lagi akan bersama kamu,ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".
Uwais mendapat suatu ilham.Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu.Dia membuat sebuah rumah kecil di ats sebuah 'Tilal' iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untk lembu di atas bukit).Apa yang dia lakukan,pd ptg hari beliau akn mendukung anak lembu utk naik ke atas Tilal.Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut utk diberi makan.Itulah yg dilakukannya stiap hari.Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.Perbuatan yg dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik,membuatkan rumah untuk lembu diats bulit,kemudian setiap hari mengusung lembu,petang dibawa naik,pagi dibawa turun bukit.Namun,sebenarnya jika dilihat di sebaliknya,Uwais seorang yang bijak.Lembu yg asalnya hanya 20kg,selepas 6 bulan lembu itu sudah mnjadi 100kg.Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dgn mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8bulan,apabila tiba musim haji,rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan utk dia membawa ibunya mengerjakan haji.Dia telah mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah dgn kedua tangannya.Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air,roti dan sebagainya.Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan.Dia membawa (mndukung dan memangku) ibunya dgn kedua tgnnya dari Yaman ke Mekah,mengerjakan tawaf,saie dan di padang Arafah dgn senang sahaja.Dan dia juga memangku ibunya dgn kedua tgnnya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman,ibunya bertanya : "Uwais,apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?"
Uwais menjawab : "Saya berdoa minta Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu."
Ibunya bertanya lagi : "Bagaimana pula dengan dosa kamu?"
Uwais menjawab : "Dengan terampun dosa ibu,ibu akan masuk syurga.Cukuplah ibu redha dengan saya,maka saya juga masuk syurga"
Ibunya berkata lagi : "Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini"
Uwais berkata : "Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan.Kalau tidak redha dengan kejadian Allah,macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta'ala."
Ibunya menambah : " Kalau ingin masuk syurga mesti taat kepada perintah ibu.Ibu perintahkan engkau berdoa."
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa.Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa(sopak) yang dihidapinya itu.Namun.kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya,dia berdoa "Tologla ya Allah! kerana ibuku,aku berdoa hilangkan putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit."
Allah SWT lalu menyembuhkan serte merta,hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya.Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya,kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yg disebut Rasulullah SAW kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali : "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih,bulatan sopak.Kalau berjumpa dengan tanda itu,dialah Uwais al-Qarni".
Tidak lama kemudian,ibunya meninggal dunia.Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya.Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah..Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dpt berjumpa dgn Uwais dan seperti yg diperintahkan oleh Rasulullah SAW,mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata : "Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku."Maka Uwais pun telah mendoakan utk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yg ketika itu memegang jawatan khalifah bertanya kepadanya : "Anda hendak pergi ke mana?" "Kufah". jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi : "Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?" .Uwais menjawab : "Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai."
Demikianlah kisah Uwais al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya.Seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi tetapi amat terkenal di langit.Wallahua'lam
p/s : Terharu baca kisah ni..sangat-sangat terharu!








