Apa khabar semua? sihat? yang pasti semua masih boleh bernafas dan masih boleh merasa nikmat iman dan islam...Keadaan hati? okay tak? moga tenang dengan mengingatiNya.Alhamdulillah,baru-baru ni baru sahaja melaksanakan usrah yang pertama dengan adik-adik tercinta dan saya adalah naqibahnya.Sebelum tuh,korang tahu tak ape itu usrah? Sebenarnya saya baru join usrah start masuk Universiti dan sebelum-sebelum tuh tak tahu secara mendalam pasal usrah ni sume and then bile dah join usrah ni..Alhamdulillah..i Falling in love with usrah.Daripada usrah ini,saya dpt memperolehi ilmu drpd sahabt-sahabat yg tiada,saya mendapat kekuatan setelah merasai kelemahan dalam perjalanan dakwah dan saya dapat merasai manisnya ukhwah islamiyah yg dibina :)
Apa itu usrah ?
ianya sebuah ikatan kekeluargaan.Selain itu,ianya boleh dibuat di kalangan rakan-rakan dan dengan adanya usrah,ia dapat mengeratkan HATI-HATI di kalangan kite semua..Percayalah dengan kuasa Allah.
Tujuan usrah itu sendiri untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam kerana Allah.Sama-sama mengingatkan dan sama-sama berpesan-pesan untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan kepada islam.Dalam Al-Quran,selain surah Al-Asr 103 :3 yang mengingatkan kita supaya berpesan-pesan kepada kebenaran dengan sabar,Allah berfirman dalam surah
Az-Zariyat 51 : 55 peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang mukmin.
Dalam sesi usrah,u ollz boleh berkongsi pendapat,Ilmu,masalah dan dapat kenalan baru serta memperbaiki diri melaui teguran ahli-ahli usrah yang lain.Dan pada saat itu korang kenalah bersifat terbuka dan jangan masam muka ok! mungkin teguran itu yang terbaik buat diri kita :)Menariknya dalam usrah kita sudah mempunyai jalan mendapat teduhan arasy Allah di akhirat kelak dengan persahabatan ini.
Ramai yang tak menyukai usrah ini perkara biasa,Usrah tidak akan dapat dirasai kemanisannya melainkan mereka yang ikhlas.Ikhlas bukannya angan-angan atau khayalan..kita kena berusaha untuk menggapainya.Ada yang beranggapan usrah ini untuk budak-budak baik je,pada pendapat saya mmg kita nak jadi baik,anda taknak jadi baik ke? bagi saya mereka yang ingin menjadi baik akan datang usrah dan baik bagi saya adalah mereka yang mempunyai kesedaran untuk mengubah diri.dan menapakkan islam di muka bumi ini..Anda taknak berubah? Taknak sebar islam?
Mereka yang baik adalah mereka yang bersahabat kerana Allah bukan kerana harta atau rupa paras.Mereka yang baik itu adalah mereka yang mahu menyelamatkan diri dari Api neraka.Mereka juga bercita-cita menarik tangan sahabatnya daripada dimamah oleh Api neraka.Mereka lakukan itu bukan kerana duniawi tetapi kerana Allah.Bukan mustahil untuk menjadi baik,Anda yang menetukan.Kalau anda tanya saya,SAYA MAHU JADI BAIK!
Mereka kata nak jadi baik susah,nanti dicemuh,diperli,dipinggirkan dan sebagainya tapi saya nak jawab dua hal dalam soalan ini,mustahil orang akan benci jika anda betul-betul baik dan orang yang baik tidak akan mengabaikan kawan-kawannya.Saya ada terbaca di sebuah blog,untuk mengetahui anda baik atau tidak,kita lihat seramai mana orang baik suka kepada kita.Kalaulah orang yang baik suka kepada kite lebih ramai daripada orang yg agak "kurang" baik maka itu petanda positif.Buat apa anda dipuji oleh org 'kurang' beriman tetapi dibenci oleh orang beriman.Orang baik tidak akan dibemci jika kena pada caranya.
USRAH & AKU NAQIBAHNYA.jpg)








.jpg)









