Saturday, 3 August 2013

USRAH & AKU NAQIBAHNYA

Assalamualaikum semua! :)

Apa khabar semua? sihat? yang pasti semua masih boleh bernafas dan masih boleh merasa nikmat iman dan islam...Keadaan hati? okay tak? moga tenang dengan mengingatiNya.Alhamdulillah,baru-baru ni baru sahaja melaksanakan usrah yang pertama dengan adik-adik tercinta dan saya adalah naqibahnya.Sebelum tuh,korang tahu tak ape itu usrah? Sebenarnya saya baru join usrah start masuk Universiti dan sebelum-sebelum tuh tak tahu secara mendalam pasal usrah ni sume and then bile dah join usrah ni..Alhamdulillah..i Falling in love with usrah.Daripada usrah ini,saya dpt memperolehi ilmu drpd sahabt-sahabat yg tiada,saya mendapat kekuatan setelah merasai kelemahan dalam perjalanan dakwah dan saya dapat merasai manisnya ukhwah islamiyah yg dibina  :)

Apa itu usrah ?

ianya sebuah ikatan kekeluargaan.Selain itu,ianya boleh dibuat di kalangan rakan-rakan dan dengan adanya usrah,ia dapat mengeratkan HATI-HATI di kalangan kite semua..Percayalah dengan kuasa Allah.

Tujuan usrah itu sendiri untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam kerana Allah.Sama-sama mengingatkan dan sama-sama berpesan-pesan untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan kepada islam.Dalam Al-Quran,selain surah Al-Asr 103 :3 yang mengingatkan kita supaya berpesan-pesan kepada kebenaran dengan sabar,Allah berfirman dalam surah 
Az-Zariyat 51 : 55 peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang mukmin.

Dalam sesi usrah,u ollz boleh berkongsi pendapat,Ilmu,masalah dan dapat kenalan baru serta memperbaiki diri melaui teguran ahli-ahli usrah yang lain.Dan pada saat itu korang kenalah bersifat terbuka dan jangan masam muka ok! mungkin teguran itu yang terbaik buat diri kita :)Menariknya dalam usrah kita sudah mempunyai jalan mendapat teduhan arasy Allah di akhirat kelak dengan persahabatan ini.

Ramai yang tak menyukai usrah ini perkara biasa,Usrah tidak akan dapat dirasai kemanisannya melainkan mereka yang ikhlas.Ikhlas bukannya angan-angan atau khayalan..kita kena berusaha untuk menggapainya.Ada yang beranggapan usrah ini untuk budak-budak baik je,pada pendapat saya mmg kita nak jadi baik,anda taknak jadi baik ke? bagi saya mereka yang ingin menjadi baik akan datang usrah dan baik bagi saya adalah mereka yang mempunyai kesedaran untuk mengubah diri.dan menapakkan islam di muka bumi ini..Anda taknak berubah? Taknak sebar islam?

Mereka yang baik adalah mereka yang bersahabat kerana Allah bukan kerana harta atau rupa paras.Mereka yang baik itu adalah mereka yang mahu menyelamatkan diri dari Api neraka.Mereka juga bercita-cita menarik tangan sahabatnya daripada dimamah oleh Api neraka.Mereka lakukan itu bukan kerana duniawi tetapi kerana Allah.Bukan mustahil untuk menjadi baik,Anda yang menetukan.Kalau anda tanya saya,SAYA MAHU JADI BAIK! 

Mereka kata nak jadi baik susah,nanti dicemuh,diperli,dipinggirkan dan sebagainya tapi saya nak jawab dua hal dalam soalan ini,mustahil orang akan benci jika anda betul-betul baik dan orang yang baik tidak akan mengabaikan kawan-kawannya.Saya ada terbaca di sebuah blog,untuk mengetahui anda baik atau tidak,kita lihat seramai mana orang baik suka kepada kita.Kalaulah orang yang baik suka kepada kite lebih ramai daripada orang yg agak "kurang" baik maka itu petanda positif.Buat apa anda dipuji oleh org 'kurang' beriman tetapi dibenci oleh orang beriman.Orang baik tidak akan dibemci jika kena pada caranya.




Friday, 15 February 2013

"Di MANA DIA DIHATIKU?"

Assalamualaikum..pada 25 Jan 2013,ade ceramah "Di Mana Dia dihatiku?"...kerjasama daripada Rakan Pusat Islam (Rpi),JPK,MPP and CITU...Alhamdulillah,ramai sangat yang datng.Aku jadi pic (person in charge) dlm program uh as a runner.Ceramah itu disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal,yg handsome uh..kihkih (*gelak sopan)..Ceramah start pukul 8 mlm sampai 11, tapi habis nak dekat pukul 12 kot..Yg paling best jumpa ustaz Don face to face uhhh..haha,bukan senang nak jumpa kann,klu panjang umur dapatla jumpa lagi tapi andai pendek umur..Berjumpa di syurga ye! In shaa Allah,Ameen..Ok,tak tawu nak cakap ape lagi..Biarla gambar berbicara..hehehe :)









TARBIYAH

Assalamualaikum...

Tarbiyah?apa maksud Tarbiyah..Dalam usrah-usrah aku yang lepas,kami berbincang pasal Tarbiyah.Pada Mulanya,aku pun tak berapa paham ape tu tarbiyah?well...dah lame dah tinggalkan bahasa Arab kann..hihi,sejak form3 dah tak lame tinggalkan Bahasa Arab..Tapi bile masuk U,tetiba rase berminat nak belajar.Nak cerita pengalaman belajar Bahasa Arab ni,Masha Allah...seronok sangat!.Banyak menghafal,banyak membaca..Mule-mule memang rase sakit sebab nak fokus kat subjek lain lagi...Tapi bile korang dah Faham,rasa seronok.Engat lagi mase subjek Bahasa Arab,Time uh la tibe-tibe mata tak ley bukak sebab ngantuk sangat..kihkih.Kepala tunduk ke buku,mata dah pejam dah..hehe.(*Jangan tiru aksi ini di kelas*)..Ehh,sampai mane cerite ni?..Ouh...ya,Maksud Tarbiyah..Bahasa yang mudah utk aku,Tarbiyah adalah mendidik...

Tarbiyah Islamiyah : Sebagai pendidikan Islam,yang bertujuan memberikan gambaran Islam dengan benar dan menyeluruh,yg meliputi seluruh aspek kehidupan, bukan hanya sebagai ibadah ritual sahaja.sehingga pesrta tarbiyah dapat memahami wajah Islam yg sebenar dan menjadikan Islam sebagai pedoman hidup.

Tarbiyah merupakan kewajipan kita sebagai seorang Muslim.

Sebagaimana Firman Allah S.W.T :

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu menjaga dirinya"(QS : 9 : 122)


Sahabat, Tarbiyah bukan segalanya tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyah.Setiap hari kita kene tarbiyah diri kini macam paksa diri kita pergi Usrah,Majlis-majlis Ilmu...sebab kita ni mudah lalai,mudah leka (*Remind to myself too)...Sebelum kita nak tarbiyah orang lain,kita tarbiyah diri kita dulu..Wallahu'alam.





Flower Background Rainbow Lucky Charms




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved AllaboutShabrina.Blogspot