Wednesday, 28 November 2012

KISAH LOBAK,TELUR DAN KOPI

Seorang anak mengeluh pd ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya.Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan.Setiap kali satu masalah selesai,timbul pula masalah baru.Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api.Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.Dia membiarknnya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dgn tidak sabar sambil memikirkan apa yg sedang dilakukan oleh ayahnya.Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.Dia menyisihkan lobak dan menaruknya dalam mangkuk,mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya,"Apa yang kau lihat nak?".

"Lobak,telur dan kopi",jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu.Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan    .Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya.Setelah membuang kulitnya dia dapati sebiji telur  rebus yang isinya sudah keras.Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi.Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.Setelah itu, si anak bertanya,"Apa erti semua ini ayah?".

Si ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus,kuat,keras dan sukar dipatahkan.Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan.Tetapi setelah direbus,isinya menjadi keras.Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik.Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana?".Air panas yang mendidih umpama kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu,bagaimana harus kau menghadapinya?

Apakah kamu seperti telur,lobak atau kopi?tanya ayahnya.

Bagaimana dgn anda?.

Apakah anda lobak yg kelihatan keras tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan,anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu?atau apakah kamu adalah telur yg pd awalnya memiliki hati lembut dgn jiwa yg dinamis?.Namun stelah adanya kematian,patah hati,perceraian atau apa sahaja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi keras dan kaku?.Dari luar kelihatan sama,tetapi apakah kamu mnjd pahit dan keras dgn hati dan jiwa yg kaku? atau adakah kamu serbuk kopi?.Yang berjaya mengubah air panas sesuatu yg menimbulkan kesakitan utk mencapai rasa yg maksimum pada suhu 100 darjah celcius.Ketika air mencapai suhu terpanas kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kamu seperti serbuk kopi ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga semakin baik.Samalah halnya dgn serbuk kopi yg berjaya mengubah air panas yg membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak utk diminum.


p.s : Esok dah nak balik penang..tak puas cuti rasenye..hmm,berat hati nak balik...

ANTARA 9 MIMPI RASULULLAH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umat ku telah di datang oleh malaikat maut dengan keadaan yg amat menggerunkan utk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yg diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK & TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yg amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya.Ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya sedangkan dia sendiri di dalam  keadaan bingung maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yg terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Bersabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun
                              dengan sepotong ayat"



Tuesday, 27 November 2012

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI DOSA BERZINA

Pada suatu senja yg lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang.Pakaiannya yg serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yg mencekam.Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.Kulit yg bersih, badan yang ramping & roman mukanya yang ayu,tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa AS.Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".Perempuan cantik itu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.Airmatanya berderai tatkala ia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?,tanya Nabi Musa a.s terkejut".

"Saya takut mengatakannya",jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!",desak Nabi Musa a.s

Maka perempuan itupun bercerita,"Saya....telah berzina"

Kepala Nabi Musa a.s terangkat,hatinya tersentak.Perempuan itu meneruskan,"Dari perzinaan itu saya pun lantas hamil.Setelah anak itu lahir langsung saya cekik lehernye sampai mati",ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa a.s berapi-api matanya.Dengan muka berang ia mengherdik,"Perempuan bejad,pergi kamu dari sini!agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu."

"Pergi!",herdik Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit & melangkah surut.Dia terhantuk-hantuk keluar dari rumah Nabi Musa.Ratap nangisnya amat memilukan.Ia tak harus kemana lagi hendak mengadu.Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya.Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?.Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya,Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.Sang Ruhul Amin Jibril bertanya,

"Mengapa engaku menolak seorang wanita yg hendak bertaubat dari dosanya?Tidakkah engaku tahu dosa yang lebih besar daripadanya?",Nabi Musa terperanjat."Dosa apakah yg lebih besar dari kekejian wanita penzina & pembunuh itu?",Maka Nabi Musa dgn penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yg lebih besar daripada perempuan nista itu?"."Ada!",jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?",tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja & tanpa menyesal.Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyedari, orang yg meninggalkan sembahyang dengan sengaja & tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib & tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menanggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur & memerintah hamba-Nya.Sedang orang yg bertaubat & menyesali dosanya dgn sungguh2 bererti masih mempunyai iman di dadanya & yakin  bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.Iulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikian lah kisah Nabi Musa & wanita penzina dan hadis nabi,mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita & timbul niat untuk melaksanakan kewajipan solat dengan istiqamah.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang
membakar 70 buah Al-Quran,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam kaabah.Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan
solat sehingga terlewat waktu,kemudian ia mengqadanya,maka ia akan disiksa dalam
neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah 80 tahun.Satu tahun terdiri 360 hari,sedangkan
satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia."




Friday, 23 November 2012

MENGAPA KITA MEMBACA AL-QURAN,SEDANGKAN KITA TIDAK MEMAHAMI SEPENUHNYA APA YANG DIBACA?

Ada seorang atuk tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pedalaman.Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.Cucunya ingin menjadi seperti atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yg dibaca oleh Atuknya.Pada suatu hari cucunya bertanya,"Atuk!sy cuba membaca Al-Quran macam atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya".

Apa bagusnya kita membaca Al-Quran?

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan,dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,"Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air".Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh,tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.Orang tua itu ketawa & berkata,"Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yg akan datang",dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju,sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.Terlalu letih,dia memberitahu atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air didalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi.Orang tua itu berkata "Saya tidak mahu sebaldi air,saya mahu seguni air,anda tidak kuat mencubanya".Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu,budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah,tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada atuknya dia belari seberapa laju yang dia boleh,semua air yg dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.Meletihkan, katanya "tengok atuk, tak guna!"."Jadi anda fikir ianya tidak berguna?"Orang tua itu berkata "tengok guni itu".Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat pertama kalinya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.Ia telah bertukar daripada guni lama yg kotor, bekas arang batu menjadi begitu bersih luar & dalam.

"Cucuku,itulah yg akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya tetapi apabila anda membacanya anda akan berubah dengan sendirinya, dalaman & luaran.Itulah kurniaan Allah SWT dalam kehidupan kita.


"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia,petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini".
(Al-Jasiyah 45 :20)


Thursday, 22 November 2012

JANGAN DITANYA KENAPA



Dulu aku hanya wanita biasa yang melakukan dosa,sibuk dengan hal duniawi.Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat.Sampai satu ketika,hidayah datang.Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk kearahNya.
Di penjuru usia,aku menangisi akan semua dosa yang telah aku lakukan.Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan.Aku mulakan perubahan sedikit demi sedikit.Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan,dugaan akan datang.Aku akur,orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan perubahan yang ada.

"Kenapa engkau berubah.."

"Kenapa alim sangat sekarang.."

"Kenapa itu dan kenapa begini..."

Pelbagai persoalan dan respons yang telah aku terima.Pada kawan-kawan yang memahami,mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati.Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati,mereka mula mempersoalkan.Pada mulanya,aku selalu terfikir,bagaimana untuk aku hadapi mereka?sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku.Aku sering menangis.Pada Allah aku luahkan.Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah dalam melakukan perubahan.Alhamdulillah,tidak lama kemudian mereka semua senyap seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.

Sahabat-sahabatku,inginku suara hati ini."Jangan ditanya kenapa aku berubah,tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah".Manusia akan berubah bila-bila masa sahaja dan mereka berubah untuk mendapat redha Allah.Apabila seseorang itu ingin berubah,berilah semangat kepada mereka.Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna,tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan sampai melemahkan orang yang ingin berubah.Perubahan itu perlu dilakukan bukan kerana suka-suka tapi kerana Allah.Kalau dulu kita mungkin kurang baik,kita boleh berubah untuk jadi lebih baik.

Adalah lebih baik kita mendoakan sahabt yang ingin berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu.Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu ibarat kita mempersoalkan kepada Allah.Satu hari nanti,kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.Berusahalah untuk mencari hidayah Allah dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain.Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut.Yang meninggalkan solat akan rasa tenang jika melakukan solat,dan yang mengabaikan Al-Quran dan sunnah akan terasa dekat dengan Allah dan Rasul bila membaca dan memahami.

In shaa Allah,kepada rakan2 di luar sana yg sentiasa menyokong terima kasih diucapkan,hanya Allah saja yg dpt balas jasa kalian.Berubahla selagi ada masa dan berubahla dgn hati yg ikhlas krn Allah.

10 CARA MERAIH CINTA ALLAH



1.Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami dengan baik

2.Mendekatkan diri dengan Allah dengan solat sunat setelah mengutamakn solat wajib

3.Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati,lisan dan perbuatan

4.Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan

5.Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya

6.Bersyukur dengan Allah atas setiap perkara yang telah ditentukanya

7.Sentiasa tawadduk (merendah diri) kepada Allah

8.Selalu bangun malam untuk beribadah,bermunajat dan membaca kitab suciNya

9.Banyak bergaul dengan orang-orang soleh dan mengambil hikmah dari ilmu mereka

10.Jangan mendekati perkara-perkara yg membuat kita lalai dari mengingati Allah



p/s : In shaa Allah,semoga membantu...peringatan untuk saya dan semua...

Sunday, 18 November 2012

KESABARAN ADA BATASNYA?

Assalamualaikum..kawan-kawan yang dikasihi sekalia,sekian lama aku tak update blog,dah berdebu dah tpi takde la lame sangat kan,well..aku sibuk sangat la men game..haha,ok..tak tawu nk cakap ape..tadi my friend ade cakap-cakap pasal problem die..i juz want her be patient (#ohmyenglish),what im trying to say..sebenarnya tentang kemarahan itu,kita yg membataskan kemarahan kita,actually(waah,speaking omputih lak kite),tiade batas sebenarnya kemarahan kita.Contohi Rasulullah SAW,walaupun dia dicaci dan dihina tapi dia mendoakan orang yang menghina dan mncaci beliau.Kadang-kadang kita terlepas marah bukan sebab sabar kita ada batasnya,tapi kerana kita kadang kala terlupa (disebabkan syaitan).Manusia ituka lemah dan pelupa tapi kita kena ingat ajaran islam adalah sempurna dan itu yang menguatkan kita.Islam ada mengajar kita bagaimana nak mengawal marah kita dengan mengucap : auzubillahiminashyaitonirrajiim (aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam).






p/s : credit to myself too...amek wuduk pon dapat meredakan kemarahan,manusia memang lemah tapi ajaran islam yang menyempurnakan kita.Jangan jadikan batasan kesabaran alasan kerana Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Thursday, 15 November 2012

ISTANBUL AKU DATANG !

Assalamualaikum..14/11/2012 kami semua include wan,izzati,aida,puteri,fatimah,amira,emon,syafiq dan bego gathering at city square..kami tengok citer istanbul aku datang,seriously sangat best ye citer uh..thanks to izzati shahirah,demi kiteorang dia sanggup tengok citer uh dua kali,hehe...amira,emon,syafiq dan bego tak join tengok citer istanbul aku datang.Dalam kol 5 petang baru kiteowg jumpe kat foodcourt sane.Seronok sangat dapat juma diorang walaupun tak puas sangat.Sekejap rasenye dapat jumpa.Banyak amek gambar dari jalan-jalan kot..hehe (well.u know us!haha)..



Kami cari tempat tersorok nak amek gambar,itu pon ade yang
stalk2 kiteowg dan ngok je gelagat kami :)


Puteri Shahirah and me :),finally i met her.


Finally,sebelum balik amek gambar ramai-ramai.

DENA BAHRIN

Assalamualaikum...aku baru je bace blog denakamarulbahrin.blogspot.com..korang boleh la bace ye nanti..ape yang aku nak share,she is really awsome,comel..baru umur 20 dah kahwin..waah,im really suprised!i hope i can get married early (berangan jap),her husband 26 years old,jodoh dia sampai awal,marriage not a love only but a responsibility (cehwah ayat!,cam org ade pengalaman je),aku akui memang susah nak cari lelaki yang betul-betul ikhlas ngan kite,aku respect kat husband die,husband die tak main-main dan tak ajak die couple2 even dowg tunang pon dowg jarang contact,dowg still jage batas-batas pergaulan.Dont forget that laki yang baik adalah unuk perempuan yang baik begitulah sebaliknya...thanks to my lovely teacher eliyana yg recommend that blog to me,i really appreciated that :)..thanks a lot teacher!love u soo much..


Sangat sweet video ni :)


Wednesday, 7 November 2012

AINUL MARDHIAH..

'Ainul Mardhiah' merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.Suatu pagi(dlm bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata "sesiapa yang keluar di jalan Allah,kemudian tiba-tiba dia syahid,maka dia dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga".

Mendengar berita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sgt nak tahu bagaimana cntiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat lain.Namun,beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yg akan keluar berjihad. Sebelum Zohor,sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagai Qailullah) maka sahabat yg muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut,sahabat yg muda td bermimpi berada di satu tempat yg sungguh indah,dia bertemu dgn seorang lelaki yg berpakaian yg bersih lagi cantik dan muka berseri-seri lalu dia bertanya, "Dimanakah saya berada sekarang?".Lalu lelaki itu menjawab, "inilah syurga".

Pemuda tadi menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah', lalu dia ditunjukkan utk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu didunia ini.

Dia memberi ucapan salam kpd wanita td dan bertanya "Adakah saudari Ainul Mardhiah?".

Wanita itu menjawab,"ehh tidak,saya adalah khadamnya,Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana".

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yg cukup indah, disana dia mendapati ada seorang lagi wanita yg kecantikannya beerganda-ganda dari pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, "Adakah saudari ini Ainul Mardhiah?".

Wanita itu menjawab, "Maaf,saya bukan Ainul Mardhiah,saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini.Ainul Mardhiah diatas mahligai sana.".Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengkagumkan. Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya didunia ini.Wanita itu berkata,"Sayalah Ainul Mardhiah,saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya.".Bila pemuda itu mendekatinya,wanita itu menjawab,"Eh, tunggu dulu,saudara belum syahid lagi!".

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kpd seorang sahabat lain,namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan utk berbuka.Maka kawan sahabat yg syahid td telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi.Rasulullah SAW mengucapkan benar...benar..benar..dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasulullah SAW berkata ""Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu utnuk berbuka puasa di Syurga".


p/s : #copy n paste je.tapi semoga beri manfaat kat korang semua..dunia ni sementara je,akhirat kekal abadi.^_^

Monday, 5 November 2012

CINTA ISLAMIC

Saya nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ini ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.

Jom ikuti kisah ini...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman & Asyraf & Ain sama-sama belajar di SAM Bestari.Beberapa lama kemudian,Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.

*Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.

Pergh!

Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Aiman cuba tahan.Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Aiman berada di tingkatan4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.

Walau bagaimanapun mereka ini sedar yang mereka orang islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC!!"
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban dan jubah. Lepas itu,mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.

Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.Jalan pula,tiada pegang-pegang tangan,mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang.

Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh Qiamullail.

Hah!!!kan islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu Asyraf. Ketika itu Aiman dan Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).



Asyraf tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".

"No.",jawab Ain.
"So,why you sit together with this ajnabi alone here",tanya Asyraf.
"Kami couple tapi Islamic way",jawab Aiman.

Asyraf hanya tersenyum mendngar jawapan itu.Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu,aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku.Pernah sekali mak aku terlupa beli babi,aku masuk wad malam tu."

Tetapi,Alhamdulillah ,Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayahNya. Bila aku masuk islam,aku dapat tahu dalam islam tak boleh makan babi.

Aduh,pening kepala aku.Macam mana aku nak buat ni??seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat pengharaman contohnya ARAK.
Tapi aku...TIADA.
Jadi time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya,aku jumpa satu jalan keluar.Aku nak Islamkan babi tu.Aku beli seekor anak babi.Dari kecil aku jaga dia.Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.Setiap jam aku mandikan dia.Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah.Lepas tu,tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu.Asal dia berak aku vacuum terus.Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.

Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni.Tengok2 babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.

Lepas tu,aku pun masaklah bakut teh. Tengah-tengah makan,nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.Muka macam lapar je.Aku pun ajaklah dia makan.

"Ustaz!!!!Jom makan.BABI ISLAM ni."

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.
Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM.Yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas.

Tamat...

Best tak kisah ni?.Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yang tegar dengan hujah-hujah yang menghalalkan cara.Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong.Yang HARAM tetap akan haram walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya.Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga.Tertarik dengan entri sahabat, maka ana sharela ini..moga-moga bermanfaat.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.Renung-renungkan dan selamt beramal.



p/s : Thanks to Hussein lee sebab share citer ni kat fb..Alhamdulillah,dapat gak ilmu bermanfaat kan..

UWAIS AL-QARNI

Uwais Al Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh nabi SAW kepada sahabat-sahabat baginda.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a dan Saidina Ali : "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul.Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.Kamu berdua pergilah mencari dia.Dia akan datang dari arah Yaman,dia dibesarkan di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu,carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia,minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua"

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW : "Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni ya Rasulullah?".Rasulullah SAW menjawab : "Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-sosa kalian".

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW,Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali.Mereka memang menunggu dn mencari kabilah2 yg dtg dari Yaman ke Madinah,akhirnya bertemu juga dgn Uwais al-Qarni.Pada pandangan mata kasar,tidak mungkin dia org yg Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan org awam,Uwais dianggap sebagai seorang yg kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yg berpenyakit sopak,badannya putih yakni putih penyakita yg tidak digemari.Walaupun dia seorang berpenyakit sopak,dia adlh seorang yg soleh yg amat mngambil berat tntg ibunya yg uzur dan lumpuh.Dia telah bgitu tekun utk mendptkan keredhaan ibunya.Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kpd Uwais bahawa dia ingin utk mengerjakan haji.Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dpt membawanya ke Mekah utk mnunaikan haji.Sebagai seoarng yang miskin,Uwais tidak berdaya utk mncari perbelanjaan utk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan org pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu myediakan bberapa ekor unta yg dipasang di atsnya 'Haudat'.Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta utk melindungi panas matahari dan hujan,selesa namun perbelanjaannya mahal.Uwais tidak mampu utk menyediakan yg demikian.Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu utk membayar sewa.

Pada suatu hari ibu Uwais yang semakin uzur berkata kpd anaknya : "Anakku,mugkin ibu dah tak lama lagi akan bersama kamu,ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat suatu ilham.Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu.Dia membuat sebuah rumah kecil di ats sebuah 'Tilal' iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untk lembu di atas bukit).Apa yang dia lakukan,pd ptg hari beliau akn mendukung anak lembu utk naik ke atas Tilal.Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut utk diberi makan.Itulah yg dilakukannya stiap hari.Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.Perbuatan yg dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik,membuatkan rumah untuk lembu diats bulit,kemudian setiap hari mengusung lembu,petang dibawa naik,pagi dibawa turun bukit.Namun,sebenarnya jika dilihat di sebaliknya,Uwais seorang yang bijak.Lembu yg asalnya hanya 20kg,selepas 6 bulan lembu itu sudah mnjadi 100kg.Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dgn mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas 8bulan,apabila tiba musim haji,rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan utk dia membawa ibunya mengerjakan haji.Dia telah mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah dgn kedua tangannya.Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air,roti dan sebagainya.Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan.Dia membawa (mndukung dan memangku) ibunya dgn kedua tgnnya dari Yaman ke Mekah,mengerjakan tawaf,saie dan di padang Arafah dgn senang sahaja.Dan dia juga memangku ibunya dgn kedua tgnnya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman,ibunya bertanya : "Uwais,apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?"

Uwais menjawab : "Saya berdoa minta Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu."

Ibunya bertanya lagi : "Bagaimana pula dengan dosa kamu?"

Uwais menjawab : "Dengan terampun dosa ibu,ibu akan masuk syurga.Cukuplah ibu redha dengan saya,maka saya juga masuk syurga"

Ibunya berkata lagi : "Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini"

Uwais berkata : "Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan.Kalau tidak redha dengan kejadian Allah,macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta'ala."

Ibunya menambah : " Kalau ingin masuk syurga mesti taat kepada perintah ibu.Ibu perintahkan engkau berdoa."

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa.Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa(sopak) yang dihidapinya itu.Namun.kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya,dia berdoa "Tologla ya Allah! kerana ibuku,aku berdoa hilangkan putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit."

Allah SWT lalu menyembuhkan serte merta,hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya.Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya,kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yg disebut Rasulullah SAW kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali : "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih,bulatan sopak.Kalau berjumpa dengan tanda itu,dialah Uwais al-Qarni".

Tidak lama kemudian,ibunya meninggal dunia.Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya.Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah..Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dpt berjumpa dgn Uwais dan seperti yg diperintahkan oleh Rasulullah SAW,mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata : "Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku."Maka Uwais pun telah mendoakan utk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yg ketika itu memegang jawatan khalifah bertanya kepadanya : "Anda hendak pergi ke mana?" "Kufah". jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi : "Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?" .Uwais menjawab : "Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai." 

Demikianlah kisah Uwais al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya.Seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi tetapi amat terkenal di langit.Wallahua'lam


p/s : Terharu baca kisah ni..sangat-sangat terharu!

Saturday, 3 November 2012

SINGLE?

Hai and assalamualaikum you ollz...haha,aku nak share sikit pasal girl-girl yang masih single lagi kat sane..aku pon single lagi..haha (promote lak?haha)..Korang,Allah is looking at you right now and saying I am saving this person for somone special.So,jangan risau dan jangan gelabah kalau korang takde pasangan..sebab setiap orang ade jodoh diorang masing-masing.Jodoh kita akan datang bila kita dah bersedia..Kalau orang lain sibuk mencari cinta,dua tiga kali tukar pasangan,biarla kita sibuk mencari iman..Letakkan Allah di tempat yang tertinggi sekali dalam hati korang ( peringatan untuk aku gak),dan bila kita utamakan Dia lebih dari segalanya,kita dah dapat segala-galanya dalam hidup kita.Biarpun kita keseorangan di dunia ni,biarpun tiada siape di sisi kita,dengan adanya connection antara kita dan Allah,kita dah punya sgalanya.Setiap orang telah tercatat nama jodohnya di luh mahfuz,cuma peribadinya ditentukan oleh peribadi kita sendiri..Jodoh itu rahsia  
Allah,sekuat mane kita setia,selama mana kita menunggu sekeras mana kita bersabar dan sehebat mana kite merancang,andai Allah dah tetapka dia bukan untuk kita,kita takkan bersamanya.Aku ada terbaca,bila kite letakkan harapan pada manusia,kita akan kecewa,bila kita letakkan hrapan pada Allah,kita tak akan kecewa.Keep in mind that Allah always be with you.






p/s : Short je post ni,tak tahu nak cakap ape lagi..

p/s : Muz ngah online time,first time nampak die online..same course tapi lain kelas,itulah Muzamil Asyraf,kawan aku yg "Baiklah sgt"haha..selalu tlg aku subjek-subjek yang aku tak pandai..bijak owgnye,tak ley puji lebih-lebih nty kembang die..haha

Thursday, 1 November 2012

REDHA DENGAN KETENTUAN..

Assalamualaikum...redha dengan ketentuan.Redha bukan hanya cakap "takpela,aku redha dengan semua ni" ..hati pun kene ikhlas..cakap memang senang tapi nak laksanakan amatla susah..tapi Insha Allah,try slow-slow.Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan orang yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang,paling jauh dari rasa sedih,marah dan kesempitan jiwa.Redha merupakan sebab untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya.

Firman Allah Taala bermaksud :

Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah

(Surah al-Bayyinah : ayat 8)



Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala Kepadanya.

KESENGSERAAN ITU PENUH HIKMAH..

Assalamualaikum..aku cuma nak share apa yang aku baca..Rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang..setiap yang berlaku ada hikmahnya.Ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yg sentiasa terucap dari hati yang sakit.Secara terminologinya,seorang pelajar mengalami  penderitaan dan bebanan dalam menuntut ilmu dan akhirnya pelajar tersebut berjaya kerana dia mengalami kesusahan di awal perjalanan sehingga ia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.

Ramai orang di dunia yang berjaya menghasilkan karya terbaik kerana mereka pernah merasakan penderitaan.Di dunia ini,ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kejayaan.Jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan keengseraan kerana kadang-kadang penderitaan memberi kekuatan dan menjadi kenikmatan pd suatu hari nanti.



Firman Allah Taala bermaksud :

Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya : ayat 35)






Firman Allah Taala bermaksud :

Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu,siapa antara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mulk : ayat 2)



p/s : Time ni,ADIB BIN JAMAL a.k.a AJ paksa aku post pasal die..haha,comel la..tapi die tak comel..dia sememangnya suka buli aku dan suka kenekan aku..tapi rindu dia sangat (As a friend)..rindu nak kene buli ngan die..haha 

Flower Background Rainbow Lucky Charms




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved AllaboutShabrina.Blogspot