Seorang anak mengeluh pd ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya.Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan.Setiap kali satu masalah selesai,timbul pula masalah baru.Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api.Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.Dia membiarknnya mendidih tanpa berkata-kata.
Si anak tertanya-tanya dan menunggu dgn tidak sabar sambil memikirkan apa yg sedang dilakukan oleh ayahnya.Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.Dia menyisihkan lobak dan menaruknya dalam mangkuk,mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya,"Apa yang kau lihat nak?".
"Lobak,telur dan kopi",jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu.Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan .Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya.Setelah membuang kulitnya dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi.Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.Setelah itu, si anak bertanya,"Apa erti semua ini ayah?".
Si ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus,kuat,keras dan sukar dipatahkan.Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan.Tetapi setelah direbus,isinya menjadi keras.Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik.Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana?".Air panas yang mendidih umpama kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu,bagaimana harus kau menghadapinya?
Apakah kamu seperti telur,lobak atau kopi?tanya ayahnya.
Bagaimana dgn anda?.
Apakah anda lobak yg kelihatan keras tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan,anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu?atau apakah kamu adalah telur yg pd awalnya memiliki hati lembut dgn jiwa yg dinamis?.Namun stelah adanya kematian,patah hati,perceraian atau apa sahaja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi keras dan kaku?.Dari luar kelihatan sama,tetapi apakah kamu mnjd pahit dan keras dgn hati dan jiwa yg kaku? atau adakah kamu serbuk kopi?.Yang berjaya mengubah air panas sesuatu yg menimbulkan kesakitan utk mencapai rasa yg maksimum pada suhu 100 darjah celcius.Ketika air mencapai suhu terpanas kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kamu seperti serbuk kopi ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga semakin baik.Samalah halnya dgn serbuk kopi yg berjaya mengubah air panas yg membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak utk diminum.
p.s : Esok dah nak balik penang..tak puas cuti rasenye..hmm,berat hati nak balik...









