Thursday, 1 November 2012

REDHA DENGAN KETENTUAN..

Assalamualaikum...redha dengan ketentuan.Redha bukan hanya cakap "takpela,aku redha dengan semua ni" ..hati pun kene ikhlas..cakap memang senang tapi nak laksanakan amatla susah..tapi Insha Allah,try slow-slow.Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan orang yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang,paling jauh dari rasa sedih,marah dan kesempitan jiwa.Redha merupakan sebab untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya.

Firman Allah Taala bermaksud :

Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah

(Surah al-Bayyinah : ayat 8)



Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala Kepadanya.

Flower Background Rainbow Lucky Charms




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved AllaboutShabrina.Blogspot