Assalamualaikum..aku cuma nak share apa yang aku baca..Rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang..setiap yang berlaku ada hikmahnya.Ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yg sentiasa terucap dari hati yang sakit.Secara terminologinya,seorang pelajar mengalami penderitaan dan bebanan dalam menuntut ilmu dan akhirnya pelajar tersebut berjaya kerana dia mengalami kesusahan di awal perjalanan sehingga ia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.
Ramai orang di dunia yang berjaya menghasilkan karya terbaik kerana mereka pernah merasakan penderitaan.Di dunia ini,ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kejayaan.Jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan keengseraan kerana kadang-kadang penderitaan memberi kekuatan dan menjadi kenikmatan pd suatu hari nanti.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya : ayat 35)
Firman Allah Taala bermaksud :
Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu,siapa antara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mulk : ayat 2)
p/s : Time ni,ADIB BIN JAMAL a.k.a AJ paksa aku post pasal die..haha,comel la..tapi die tak comel..dia sememangnya suka buli aku dan suka kenekan aku..tapi rindu dia sangat (As a friend)..rindu nak kene buli ngan die..haha
p/s : Time ni,ADIB BIN JAMAL a.k.a AJ paksa aku post pasal die..haha,comel la..tapi die tak comel..dia sememangnya suka buli aku dan suka kenekan aku..tapi rindu dia sangat (As a friend)..rindu nak kene buli ngan die..haha

.jpg)









