Saya nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ini ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.
Jom ikuti kisah ini...
Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman & Asyraf & Ain sama-sama belajar di SAM Bestari.Beberapa lama kemudian,Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.
*Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh!
Cantik sangatlah jika nak diceritakan.
Tetapi, Aiman cuba tahan.Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).
Beberapa tahun berlalu...
Akhirnya, apabila Aiman berada di tingkatan4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.
Walau bagaimanapun mereka ini sedar yang mereka orang islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.
Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC!!"
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban dan jubah. Lepas itu,mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.
Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.Jalan pula,tiada pegang-pegang tangan,mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang.
Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh Qiamullail.
Hah!!!kan islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu Asyraf. Ketika itu Aiman dan Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).
Asyraf tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".
"No.",jawab Ain.
"So,why you sit together with this ajnabi alone here",tanya Asyraf.
"Kami couple tapi Islamic way",jawab Aiman.
Asyraf hanya tersenyum mendngar jawapan itu.Asyraf pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu,aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku.Pernah sekali mak aku terlupa beli babi,aku masuk wad malam tu."
Tetapi,Alhamdulillah ,Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayahNya. Bila aku masuk islam,aku dapat tahu dalam islam tak boleh makan babi.
Aduh,pening kepala aku.Macam mana aku nak buat ni??seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat pengharaman contohnya ARAK.
Tapi aku...TIADA.
Jadi time kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya,aku jumpa satu jalan keluar.Aku nak Islamkan babi tu.Aku beli seekor anak babi.Dari kecil aku jaga dia.Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.Setiap jam aku mandikan dia.Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah.Lepas tu,tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu.Asal dia berak aku vacuum terus.Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.
Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni.Tengok2 babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.
Lepas tu,aku pun masaklah bakut teh. Tengah-tengah makan,nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.Muka macam lapar je.Aku pun ajaklah dia makan.
"Ustaz!!!!Jom makan.BABI ISLAM ni."
Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.
Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM.Yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas.
Tamat...
Best tak kisah ni?.Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yang tegar dengan hujah-hujah yang menghalalkan cara.Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong.Yang HARAM tetap akan haram walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya.Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga.Tertarik dengan entri sahabat, maka ana sharela ini..moga-moga bermanfaat.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.Renung-renungkan dan selamt beramal.
p/s : Thanks to Hussein lee sebab share citer ni kat fb..Alhamdulillah,dapat gak ilmu bermanfaat kan..

.jpg)








