Pada suatu senja yg lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang.Pakaiannya yg serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yg mencekam.Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.Kulit yg bersih, badan yang ramping & roman mukanya yang ayu,tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa AS.Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".Perempuan cantik itu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.Airmatanya berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya"
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?,tanya Nabi Musa a.s terkejut".
"Saya takut mengatakannya",jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!",desak Nabi Musa a.s
Maka perempuan itupun bercerita,"Saya....telah berzina"
Kepala Nabi Musa a.s terangkat,hatinya tersentak.Perempuan itu meneruskan,"Dari perzinaan itu saya pun lantas hamil.Setelah anak itu lahir langsung saya cekik lehernye sampai mati",ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa a.s berapi-api matanya.Dengan muka berang ia mengherdik,"Perempuan bejad,pergi kamu dari sini!agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu."
"Pergi!",herdik Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit & melangkah surut.Dia terhantuk-hantuk keluar dari rumah Nabi Musa.Ratap nangisnya amat memilukan.Ia tak harus kemana lagi hendak mengadu.Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya.Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?.Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya,Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.Sang Ruhul Amin Jibril bertanya,
"Mengapa engaku menolak seorang wanita yg hendak bertaubat dari dosanya?Tidakkah engaku tahu dosa yang lebih besar daripadanya?",Nabi Musa terperanjat."Dosa apakah yg lebih besar dari kekejian wanita penzina & pembunuh itu?",Maka Nabi Musa dgn penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yg lebih besar daripada perempuan nista itu?"."Ada!",jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?",tanya Musa kian penasaran.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja & tanpa menyesal.Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyedari, orang yg meninggalkan sembahyang dengan sengaja & tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib & tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menanggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur & memerintah hamba-Nya.Sedang orang yg bertaubat & menyesali dosanya dgn sungguh2 bererti masih mempunyai iman di dadanya & yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.Iulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Demikian lah kisah Nabi Musa & wanita penzina dan hadis nabi,mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita & timbul niat untuk melaksanakan kewajipan solat dengan istiqamah.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang
membakar 70 buah Al-Quran,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam kaabah.Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan
solat sehingga terlewat waktu,kemudian ia mengqadanya,maka ia akan disiksa dalam
neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah 80 tahun.Satu tahun terdiri 360 hari,sedangkan
satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia."









