Wednesday, 7 November 2012

AINUL MARDHIAH..

'Ainul Mardhiah' merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.Suatu pagi(dlm bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata "sesiapa yang keluar di jalan Allah,kemudian tiba-tiba dia syahid,maka dia dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga".

Mendengar berita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sgt nak tahu bagaimana cntiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat lain.Namun,beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yg akan keluar berjihad. Sebelum Zohor,sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagai Qailullah) maka sahabat yg muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut,sahabat yg muda td bermimpi berada di satu tempat yg sungguh indah,dia bertemu dgn seorang lelaki yg berpakaian yg bersih lagi cantik dan muka berseri-seri lalu dia bertanya, "Dimanakah saya berada sekarang?".Lalu lelaki itu menjawab, "inilah syurga".

Pemuda tadi menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah', lalu dia ditunjukkan utk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu didunia ini.

Dia memberi ucapan salam kpd wanita td dan bertanya "Adakah saudari Ainul Mardhiah?".

Wanita itu menjawab,"ehh tidak,saya adalah khadamnya,Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana".

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yg cukup indah, disana dia mendapati ada seorang lagi wanita yg kecantikannya beerganda-ganda dari pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, "Adakah saudari ini Ainul Mardhiah?".

Wanita itu menjawab, "Maaf,saya bukan Ainul Mardhiah,saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini.Ainul Mardhiah diatas mahligai sana.".Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengkagumkan. Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya didunia ini.Wanita itu berkata,"Sayalah Ainul Mardhiah,saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya.".Bila pemuda itu mendekatinya,wanita itu menjawab,"Eh, tunggu dulu,saudara belum syahid lagi!".

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kpd seorang sahabat lain,namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan utk berbuka.Maka kawan sahabat yg syahid td telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi.Rasulullah SAW mengucapkan benar...benar..benar..dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasulullah SAW berkata ""Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu utnuk berbuka puasa di Syurga".


p/s : #copy n paste je.tapi semoga beri manfaat kat korang semua..dunia ni sementara je,akhirat kekal abadi.^_^
Flower Background Rainbow Lucky Charms




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved AllaboutShabrina.Blogspot